Jumat, 14 Mei 2010

Kisah Habil dan Qabiel

Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia utk melahirkan anak-anaknya yg akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang.Pertama lahirlah pasangan Qabiel dan adik perempuannya yg.diberi nama "Iqlima",kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habiel dan adik perempuannya yg diberi nama "Lubuda".
Kedua org tua,Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dgn senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yg lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yg melahirkan bayinya. Mereka meharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yg akan berkembang biak utk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dgn amanat yg telah dibebankan keatas bahunya.

Di bawah naungan ayah ibunya yg penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dgn cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja.Yang perempuan sesuai dgn qudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yg menjadi tugas wanita,sedang yg laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah utk memenuhi keperluan hidupnya.Qabiel berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habiel dibidang perternakan.
Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta menyintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dlm kedudukkan yg wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya.Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dlm harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong.

Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja.

Keempat puyera-puteri Adam mencapai usia remaja dan mamasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kpd hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua org tuanya dgn cara bagaimana menyalurkan nasfu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yg bebas di antara putera-puterinya.
Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dgn puterinya.Qabiel dikahwinkan dgn adik habiel yg bernama Lubuda dan Habiel dgn adik Qabiel yg bernama Iqlima.

Cara yg telah diilham oleh Allahs.w.t. kpd Nabi Adam telah disampaikan kpd kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yg harus dipatuhi dan segera dilaksanakan utk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yg meliputi keluarga dan rumahtangga mereka.Akan tetapi dgn tanpa diduga dan disangka rancangan yg diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabiel dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habiel dgn mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima.Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya utk dikahwinkan oleh Habiel.Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yg kadang-kadang menjurus kpd pertentangan dan permusuhan yg sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki diantara sesama keluarga dan sesama suku.

Kerana Qabiel tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dgn adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yg dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yg meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kpd Tuhan utk menentukannya.Caranya ialah bahawa masing-masing dari Qabiel dan Habiel harus menyerahkan qurban kpd Tuhan dgn catatan bahawa barangsiapa di antara kedua saudara itu diterima qurbannya ialah yg berhad menentukan pilihan jodohnya.

Qabiel dan Habiel menerima baik jalan penyelesaian yg ditawarkan oleh ayahnya.Habiel keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabiel datang dgn sekarung gandum yg dipilih dari hasil cucuk tanamnya yg rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua qurban itu kambing Habiel dan gandum Qabiel diatas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yg akan terjadi atas dua jenis qurban itu.
Kemudian dgn disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yg menanti dgn hati berdebar apa yg akan terjadi di atas bukit dimana kedua qurban itu diletakkan, terlihatlah api besar yg turun dari langit menyambar kambing binatang qurbannya Habiel yg seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabiel tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

Maka dgn demikian keluarlah Habiel sebagai pemenang dlm pertaruhan itu krn qurbannya kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yg mendapat keutamaan utk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yg akan dipersuntingkan menjadi isterinya.


Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia.

Dgn telah jatuhnya keputusan dr langit yg menerima qurban Habiel dan menolak qurban Qabiel maka pudarlah harapan Qabiel utk mempersuntingkan Iqlima.Ia tidak puas dgn keputusan itu namun tidak ada jalan utk menolaknya. Ia menyerah dan menerimanya dgn rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habiel yg akan dibunuhnya di kala ketiadaan ayahnya.
Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kpd Qabiel. Ia berpesan kpdnya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya.Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yg mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yg sudah akrab dan intim.

Qabiel menerima pesanan dan amanat ayahnya dgn kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dgn sebaik-baiknya dan sesempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dlm keadaan baik dan menyenangkan.Demikianlah kata-kata dan janji yg keluar dari mulut Qabiel namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yg baik utk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habiel saudaranya.
Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabiel menemui Habiel di tempat penternakannya.Berkata ia kpd Habiel:"Aku datang ke mari utk membunuhmu.Masanya telah tiba utk aku lenyapkan engkau dr atas bumi ini."

"Apa salahku?"tanya Habiel.Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"
Qabiel berkata:"Ialah krn qurbanmu diterima oleh Allah sedangkan qurbanku ditolak yg bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yg cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yg buruk dan tidak mempunyai gaya yg menarik itu."
Habiel berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima qurbanku dan menolak qurbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yg diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nasfu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak-masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima qurban dr org-org yg bertakwa yg menyerahkan dgn tulus ikhlas dari hati yg suci dan niat yg murni.Adakah mungkin sesekali bahawa qurban yg engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yg telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dgn kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dgn kambing yg aku serahkan sebagai korban yg sengaja aku pilihkan dari perternakanku yg paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dgn tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yg telah dibisikkan kpdmu oleh Iblis itu, musuh yg telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku utk membalasmu krn aku takut kpd Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yg tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kpd-Nya dan kpd apa yg akan ditakdirkan bagi diriku."
Nasihat dan kata-kata mutiara Habiel itu didengar oleh Qabiel namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yg penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kpd saudara sekandungnya. Qabiel yg dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan utk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yg dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didlm dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabiel bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habiel saudaranya, menjelmalah Iblis dgn seekor burung yg dipukul kepalanya dgn batu sampai mati. Contoh yg diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habiel di kala ia tidur dgn nyenyaknya dan jatuhlah Habiel sebagai kurban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai kurban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia

Penguburan Jenazah Habiel.

Qabiel merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yg harus diperbuat dgn tubuh saudaranya yg semakin lama semakin busuk itu.Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yg dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabiel dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habiel yg sudah busuk itu.
kebingungan dan kesedihan Qabiel tidak berlangsung lama krn ditolong oleh suatu contoh yg diberikan oleh Tuhan kpdnya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yg soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertujukanlah kpd Qabiel, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dgn kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yg sudah mati dlm pertarungan, ke dlm lubang yg telah digalinya, dan menutupi kembali dgn tanah.Melihat contoh dan pengajaran yg diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabiel sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"

Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habiel di antara putera-puterinya yg sedang berkumpul.Bertanyalah ia kpd Qabiel:"Di manakah Habiel berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."
Qabiel menjawab:"Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habiel yg harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."
Melihat sikap yg angkuh dan jawapan yg kasar dr Qabiel, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habiel, puteranya yg soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua org tuanya itu.Pada akhirnya terbukti bahawa Habiel telah mati dibunuh oleh Qabiel sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabiel yg kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar utk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yg menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kpd Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabiel.


Kisah Qabiel dan Habiel Dalam Al-Quran.

Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dlm surah"Al-Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32 .

Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam A.S..

Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima qurban dari seseorg yg menyerahkannya dgn tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dgn sifat riyak, takabur atau ingin dipuji.Barang atau binatang yg diqurbankan harus yg masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yg halal.Jika qurban itu berupa binatang sembelihan, harus yg sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yg masih segar baik dan belum rosak atau busuk.
Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yg terbaik adalah dgn cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kpd Qabiel.itulah cara paling sesuai dgn martabat manusia sebagai makhluk yg dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dlm surah "Al-Isra" ayat 70 yg bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yg baik-baik dan Kami lebihkan mereka dgn kelebihan yg sempurna atas kebanyakan makhluk yg telah Kami ciptakan."

Tidak ada komentar: